Saturday, July 23, 2011

Catatan 24 Julai 2011

Hari ini hari pertama aku menulis di blog ini. Maklumlah laman blog ni pun baru je siap dibuka. Pagi tadi sekitar pukul 9.00 pagi tatkala aku sedang sibuk membasuh kereta EXORA kesayanganku tiba-tiba handphone berbunyi. Panggilan dari Cikgu Saidi rakan setugas."Bang tolong pergi asrama kejap, ada pelajar kena belasah malam tadi". Cikgu saidi warden asrama pada waktu ni sedang berada dikampung. Bergegaslah aku ke asrama lelaki. Tak perlulah diceritakan rasanya apa berlaku di sana. Cuma yang sedihnya itulah nasib kami. Budak-budak bergaduh kami yang kena marah. Kononnya tak jaga anak dia orang. Macam mana nak jaga pelajar yang ramai tu sepanjang masa. Waktu kita ada dia orang ok je. Bila cikgu tak ada sahaja macam-macam hal boleh berlaku. Kalau ibubapa rasa kami tak dapat jaga anak mereka lebih baik ambil balik anak tu dan tak perlu masukkan ke asrama. Perselisihan kecil-kecil tu perkara biasa sebenarnya.

Hampir selesai menyoal siasat pelajar-pelajar berkenaan, handphone berbunyi lagi sekali. Kali ini daripada anak angkat ku.